Google Training Bersama Sma Fauzi

13 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 12 November 2018 jam 10 pagi hingga 1 petang telah berlangsungnya Program Google Training- Google Internet Awesome bersama Sekolah Menengah Agama Fauzi (SMA Fauzi). Program ini dijalankan bersama Pusat Internet Kuala Sala dan Pusat Internet Bukit Besar. Program ini bertujuan mendedahkan kepada pelajar tentang buli siber (buli dalam talian), cara kukuhkan kata laluan dalam setiap penggunaan digital,

Carian dalam talian (savvy searching) iaitu cara untuk mencari telefon pintar yang hilang, skim penipuan dalam talian dan pelbagai lagi. Turut disertakan slot Klik Dengan Bijak KDB Online Grooming dan juga Check Your Label (CYL) untuk pengetahuan tambahan pelajar-pelajar tersebut. Seramai 49 orang pelajar turut terlibat dalam program ini. Program ini mengambil masa selama 3 jam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali